Tiny Techies S6 ; Phyton and Robotic Innovation
4 September 2026 | Aktiviti Terkini3 Sept - Ahli NADI Felda Sungai Lui mengikuti kelas Tiny Techies ; Phyton S6 dan Robotic Innovation S6. Program ini memberi peluang kepada peserta untuk menulis dan menjalankan kod mudah, membina logik pengaturcaraan serta menghasilkan penyelesaian digital secara lebih kreatif dan teratur. Peserta juga diajar tentang asas robotik, teknologi dan inovasi melalui aktiviti pembelajaran secara praktikal. Peserta diperkenalkan kepada cara robot direka, dipasang dan dikawal menggunakan komponen serta teknologi yang sesuai.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: